【Mazhab Cinta】 – Artis Tarbiah Sentap Records

MAZHAB CINTA

Song written by: Akmal Mustafa
Producer : Akmal Mustafa & Ustaz Adnin
Arranger: Iris Tan & Ida Liew
Guitarist: Haw Vee
Mixing & Mastering: Amin Nordin

TARBIAH SENTAP RECORDS
.
Penghargaan khas: Pengarah, Pegawai dan Kakitangan
(Frontliners Sumber Air) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Tempat: Off River Storage, Bestari Jaya, Selangor.
.
ANIQ:
Alkisah sebuah gunung bernama Uhud
Didaki Rasul dan 3 pengikut
Bergegar Uhud lantaran rindu
Ditenteram Rasul menenangkan rindu

RIDWAN:
Alkisah di perkebunan merintih si unta
Dibebani kerja sedikit makanannya
Dikucup kaki Rasul yang mulia
Dibelai Rasul, keluhan unta didengar

ANIQ:
Hebatnya manifestasi cinta alam
Tiada pohon, batu dan pergunungan
RIDWAN:
Yang dilalui baginda tanpa salam
Kerana dia sebaik ciptaan

AREEF:
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
AYMAN:
Hanya kerana cinta pada baginda
Dijanjikan syurga dan bersamanya
ANIQ:
Hingga Uhud dijanji syurga
Rasul turut mencintainya

NAUFAL & IRWAN:
Alkisah pohon tamar yang kekeringan
Dahulunya mimbar namun ditinggalkan
Menangis rindu rintih bak si bayi
Ditenangkan Rasul lantas didakapi

HAKIM:
Walau cinta umat taruh di neraca
Pasti cintanya lebih dari segalanya
HAFIZ:
Demi umat darah dan tangis mencurah
Biarpun berabad lama terpisah

NAUFAL:
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
MAHDI:
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
CHORUS:
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
SYED: (hanya kerana)
NAUFAL: (cinta oh..)
Hanya kerana cinta pada baginda
IRWAN: (..dan bersamanya)
Dijanjikan syurga dan bersamanya

SYED:
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
IRWAN:
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
AYMAN:
Walau tika hujung nyawanya
NAUFAL:
Resah memikirkan umatnya
MAHDI:
Kerana sebegitu hebat cintanya
RIDWAN:
Layakkah ku jadi umatnya?
ANIQ:
Layakkah aku kan bersamanya?